PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Friday, February 18, 2011

Terbang Burung Layang Terbang!!

Salam dan selamat sejahtera,

TrueAqua telah melangkah setapak lagi dalam industri agrikultur. Kami telah menceburi bidang perusahaan burung layang-layang hasil dari kerjasama strategik dengan pengusaha sedia ada.
Untuk peringkat permulaan, kami telah mengeluarkan produk hasil dari rumah burung. Dengan trademark air dari rumah burung, menggunakan konsep pengeluaran berdasarkan permintaan, TrueAqua telah mempunyai variasi produk Jus Sarang Burung seperti berikut:

1) Jus Sarang Burung 350ml : RM35

2) Jus Sarang Burung 500ml : RM50

3) Jus Sarang Burung 350ml : RM100
(kepekatan tinggi)

Sarang burung mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan unik iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Faktor ini membantu meransang sel dan penghasilan semula struktur badan serta dijadikan punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Bukan itu saja malah ianya merupakan agen yang paling baik untuk menstabilkan
biologi badan manusia terutama bagi penyakit yang melibatkan paru-paru, perut (usus dan penghadaman) serta hati.

Kajian saintifik menunjukkan sarang burung layang-layang ini mineral yang
berkepekatan tinggi seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin dan
vitamin (protein aktif dan protein gelatin).

Untuk maklumat lebih lanjut. Nantikan LINK BLOG yang akan dibuat khas untuk
sarang burung layang-layang. TERBANG BURUNG LAYANG TERBANG

Untuk masa yang terdekat, kami juga akan menganjurkan kursus asas pengenalan perniagaan burung layang-layang. Tunggu info seterusnya.

TAK TAU SUSAH... DAH TAU SENANG... TAPI ADA BANYAK LAGI YANG PERLU KITA TAU….

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fadzil di 019-2280772 atau email di
trueaqua.enterprise@gmail.com

No comments: