PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Tuesday, April 27, 2010

Produk Makanan CP (Charoen Pokphand)

Salam,

Dah lama tengok iklan billboard produk ni kat area Ampangan, Negeri Sembilan cuma tak terpikir nak beli. Hari ni gi Giant Senawang and nak tengok dan beli. Terkejut gak rupanya ni produk CP. Pengeluar udang terbesar dunia serta pembuat makanan terkenal berasal dari Thailand. Di Malaysia, kilang dia ada di Beranang, Selangor. Brand yang terkenal di Malaysia untuk udang harimau ialah Starfeed. Untuk udang putih ialah Blanca dan Novo. So saya pun beli dan try la makan.

1) Produk ni ialah wantan udang (pakai udang putih yang dibela oleh CP).
2) Presentation and packaging cantik.
3) Ada 5 ketul udang sekor-sekor.
4) Harga RM5.99
5) Rasa?? Pada saya tak best, maybe sebab saya dah biasa dgn udang fresh. Tapi bagi common people maybe oklaa...

Tapi produk ni bagi idea kepada saya, kalaulah udang galah dibuat produk sebegini ok ke??





Saturday, April 24, 2010

Udang Harimau Giant!!

Belek2 punya belek internet rupanya ada jugak udang harimau size giant yer??? Bolehla kolam pancing udang harimau wat jackpot lak?? Hehe..ni gambar dari oversea, udang ni dari laut bukan bela....



Tuesday, April 20, 2010

TrueAqua Dalam Majalah Jutawan April 2010

Salam dan hi to all,

Baru-baru ini TrueAqua telah ditemuramah oleh wartawan dari Majalah Jutawan untuk edisi April 2010. Kami ingin berterima kasih dengan mereka kerana sudi melawat kolam kami dan juga memberi peluang kepada kami untuk mempromosikan kolam pancing kami di Shah alam dan juga di Ulu Bendul. Untuk dapatkan voucher diskaun kami sila beli Majalah Jutawan bulan April 2010. Thanks!!





Monday, April 19, 2010

Teknologi Ternakan Udang Indoor

Salam dan hi to all,

Saja surfing pasal udang di internet dan jumpa 2 website dari oversea yang setupkan sistem indoor faming (kolam simen, kanvas). Salah satu kompeni ini ada jadi advisor untuk projek inddor farming udang di Malaysia. Apa yang saya faham ia memang berteknologi tinggi dan setakat ini hanya sesuai untuk udang harimau dan udang putih. Layari link di bawah

Aquaculture Farming Technology

CreveTope

Monday, April 5, 2010

Pokok Hydrilla dan fungsinya

Pernahkah anda jumpa pokok ini di dalam kolam ternakan anda? Tentu kalo ada memang banyak sampai air kolam pun tak nampak. Ok mari kami kongsikan ilmu dan pengalaman kami tentang pokok ini.

Pokok hydrilla ialah sejenis tumbuhan air tawar yang selalu ada di tasik atau kolam. Ia juga ada dijual di kedai akuarium sebagai pokok hiasan akuarium.

Kelebihan pokok ini ialah :
1) Ianya bertindak seperti rumah untuk udang tinggal dan berlindung dari pemangsa.
2) Ia juga memberikan makanan semulajadi kepada udang.

Keburukan pokok ini ialah :
1) Menggunakan oksigen yang banyak pada waktu malam
2) Terlalu banyak boleh sebabkan pH tinggi
3) Susah untuk tuai udang, perlu 'clearkan' dulu rumput dengan tangan ataupun menggunakan ikan tongsan (grasscarp)

Cara atasi :
1) Penyediaan kolam yang betul supaya air cepat hijau dan pokok ini x boleh tumbuh.
2) Jikalau ada kesan pokok ini tumbuh, cepat2 cabut atau letak ikan tongsan sebelum ia merebak dengan cepat. Percayalah ia merebak dengan sangat cepat.
3) Jika ia merebak, air secara automatik menjadi cerah kerana ia meresap segala nutrien air, letaklah kapur dan baja 100 beg pun air xkan gelap.
4) Hanya dengan mencabut atau letak ikan tongsan sahaja boleh atasi.

Sekian




Kursus 28 Mac 2008 Bersama Peserta Brunei

Salam semua,

Untuk pertama kali kami menerima peserta dari Brunei darussalam sebanyak 2 orang untuk memulakan penternakan udang galah. Mereka bakal menjadi penternak pertama di Brunei. Pakej 3hari diambil dan kami telah aturkan jadual untuk memenuhi 3hari tersebut supaya penuh dengan ilmu teori, praktikal serta sedikit lawatan. Selain teori, praktikal penyediaan kolam, penuaian udang serta kualiti air diajar. Lawatan ke Pusat Pembenihan Udang galah di Johol juga diadakan. Kami berharap mereka balik bersama ilmu yang berguna untuk warga Brunei. InsyaAllah.