PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Thursday, October 30, 2008

Substrate - Sistem Rumah Untuk Udang Galah

Memandangkan ada yang meminta untuk kami memberi sedikit info atau knowledge pasal udang galah, maka kami akan postkan di blog ini secara general. Sistem substrate atau rumah memainkan peranan penting untuk udang galah, samada di dalam kolam atau stocking pond (sebelum customer datang beli). Tujuannya ialah untuk menambahkan luas permukaan kerana udang galah ialah bottom dweller, atau tinggal di dasar kolam. Ia jarang berada di atas ataupun berenang-renang seperi udang harimau, udang putih mahupun ikan.

Jadi jika luas kolam ialah 2000m2, kesemua udang akan berada di dasar. Tetapi jika ada rumah yang bertingkat2, maka luasnya lebih. Udang akan selesa dengan rumah ini lebih2 lagi ketika salin kulit kerana masa ini mereka amat fragile kepada predator dan kanibalisme. Contoh2 substrate ialah pvc, buluh, tayar, jaring pvc dan lain2.

Di stocking pond kami, jika tiada substrate ia mampu untuk mengisi 80kg udang sahaja tetapi dengan substrate ia dapat mengisi 250kg udang galah dengan selesa. Contoh substrate adalah seperti gambar di bawah




Monday, October 27, 2008

Kabin Untuk Projek Kambing





Kami membeli 2 kabin 2nd hand untuk diletakkan di kolam udang galah FASA 2 dan kandang kambing. 2 kabin 20 kaki dan 30 kaki dapat kami beli dengan harga yang amat murah sekali, hanya RM1200. Transfer kedua-dua kabin dengan lori kren juga amat murah iaitu RM800. Alhamdulillah rezeki. Sebelum ini quotation semua main ribu2. Transfer kabin ambil masa sejam lebih dan kami berjaya buat Kg Ulu Bendul jam sebentar, hehehe. Kabin ini perlu di touch up oleh kami sebelum didiami. Elektrik dan juga aircond perlu dipasang secepat mungkin.

Sub Projek - Ternakan Kambing






Sub projek TrueAqua yang pertama ialah Projek Ternakan Kambing. Tapi pending sekejap kerana terlalu busy dengan sales udang galah yang tak henti-henti. Tanah seluas 1 ekar telah kami buat kandang yang nampak macam telan belanja RM10k tetapi sebenarnya tak sampai RM3k pun, hehehe. Rahsianya?? Kami guna kayu sendiri, tebang pokok dan potong ikut saiz yang dikehendaki. Manpower pun sendiri. Adala ilmu pertukangan sikit2. Kandang agak2 boleh muat 30 ekor kambing. Tanah balance kami tanam napier sebanyak mungkin dan ada yang lagi tinggi dari kandang!! Napier pun free amik kat orang kampung saja. Yeah!! Cost down but effective!! InsyaAllah nanti kami akan usahakan Projek Ternakan Kambing TrueAqua dalam masa terdekat...

Sunday, October 26, 2008

BBQ!!!!






Kadangkala kerja saja pun stress jugak, jadi untuk lebih relaks dan berehat kami mengadakan aktiviti BBQ di tepi kolam. Dengan bertemankan angin, berlatarbelakangkan bukit dan bersama nyanyian burung kami menjamu selera dengan udang galah kami yang fresh. Selain itu ada juga ikan tilapia, haruan, keli yang semuanya fresh. Sayur-sayuran dan ayam kenalah kami beli....Mari makan!!!

Saturday, October 25, 2008

The Worst Day Of True Aqua

Sememangnya kami masih lagi belajar untuk deliver udang galah hidup kepada customer. Bayangkan nak hantar udang galah hidup dalam keadaan padat, tidak stress dan agar bekalan oksigen mencukupi bukan perkara main-main

Ini kali kedua kami buat delivery, semua preparation berjalan lancar. Tank lengkap dengan diffuser. Blower dan generator OK. Ford Ranger 4X4 kenderaan rasmi TrueAqua OK. Udang pun kami dah buang yang mati, kecil dan salin kulit. Sebelum berangkat kami punggah semua barang2 dari dalam Ford Ranger ke rumah.

Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan kanvas kami (penutup tank) tercabut dari ikatan tetapi tidak melayang, jadi kami berhenti dan ikat balik. Selepas itu semasa kami drive dari Highway ELITE dari USJ ke Klang kami terdengar bunyi kuat. Kami berhenti dan sebuah Honda Jazz memberi isyarat kepada kami. Rupa-rupanya penimbang kami terjatuh!! Terus rosak!! Nasib baik jumpa di tengah jalan dan tidak kena pada Honda Jazz tadi. Ini semua kerana lupa tutup pintu belakang Ford Ranger kami. Selepas itu, kami pun tiba di Klang untuk penghantaran 10kg udang galah hidup. Bila sampai kami baru sedar generator mati!! Tali motor pulak stuck takleh nak start balik!! Nak bukak, toolbox dah kami keluarkan ke rumah tadi!! Arggghh, dalam tank ada dalam 60kg udang galah!!

Semua dah gelabah, sauk pun lupa bawak terpaksa pinjam customer punyer. Nasib baik bawak Oxygen Powder tetapi agak terlambat jugak, penutup dia pulak payah giler nak bukak. Bila sampai ke customer kedua di Bukit Kemuning dah terlalu banyak yang mati, terpaksa jual mati kepada pelanggan kolam pancing tersebut, nasib baik laku. Boss kedai kesian tengok kitorang, so masakkan udang galah kitorang dalam 2kg. Tetapi nak jadik cerita, tukang masak caj RM18 untuk udang galah sendiri!! Hampeh maut!!

So, semua dah moral down, tension, dah pukul 2 pagi dan semua mengantuk. Tiba masanya tukar driver. Ford Ranger dah gerak dan rupa-rupanya tertinggal seorang ahli yang sakit perut nak ke tandas!!! Arghhh, nasib baik perasan dan baru jer gerak sikit, aduhhh memang malang hari ini.

Tetapi banyak yang kami pelajari untuk deliver udang galah dengan lebih sukses lagi. InsyaAllah dalam posting akan datang kami akan ajar cara2 delivery yang terbaik.
Walaupun sedih, tetapi kami tatapkan juga keriangan experience delivery bersama udang RM18 tadi (maaf kualiti gambar agak kurang)




Siput Oh Siput...

Hari ini kami harvest Pond 3 yang kami stock 25,000 PL. Kami hanya harvest 100kg untuk pelanggan dari Kota Tinggi, Johor yang datang setiap Rabu untuk membeli udang kami. Kalau udang galah dari Pond 5, untuk mendapatkan 10kg, bakul kami hampir penuh, tetapi udang galah di Pond 3 amat besar sehinggakan 10kg dapat dicapai dengan separuh bakul sahaja!!! Memang besar-besar!! Average 100gram, yang 200 gram pun ada. Padahal, feeding di Pond 3 adalah yang paling sedikit berbanding dengan Pond lain. Setelah kami post mortem, rupa-rupanya terlalu banyak siput seperti siput sedut di Pond 3, rata-ratanya telah kosong dimakan udang galah kami. Barulah kami tahu, siput tersebut adalah natural food yang ada di Pond 3. Alhamdulillah, petunjuk dan bantuan dariNya. Kami akan cuba untuk meletakkan siput-siput tersebut di semua kolam kami agak ia membiak dan jadi natural food untuk udang galah kami!!!

Terima kasih siput...

Dari 200kg ke 1 tan...

Pond 5 dah habis kami harvest dengan jayanya dalam masa 2 minggu lebih. Alhamdulillah kami berjaya jual lebih dari 500kg udang galah dari Pond 5. Setakat ini, ia adalah kolam yang paling berjaya dengan hanya stocking 27,000 PL sahaja. Dengan pemberian makanan yang intensif, sistem bottom aeration, 2 paddlewheel, sistem EM dan sistem substrate kami berjaya mendapatkan hasil yang lumayan. Bukan itu sahaja, lebih kurang 5000 ekor udang galah saiz kecil kami transferkan ke Pond 8 untuk di harvest dalam masa 2 bulan lagi. Bermakna, kemungkinan hasil dari Pond 5 akan mencecah hampir 1 tan.

Kalau dahulu masa part time, kejayaan kami hanyalah sekitar 200kg sahaja, sekarang kami target 1 tan untuk satu kolam, insyaAllah....

Stocking 50,000 PL

Arghhh, letihnya harini, PL kami tiba pukul 3 pagi. Kena masuk kolam pukul 3 pagi?? Sejuk!!! Tapi dah biasa, sebenarnya dalam kolam lebih panas. PL dari Encik Pyan, Piandang Aqua Enterprise dari Tanjung Piandang, Perak amat agresif dan sihat. Proses penyelerasan suhu dan pH kolam kepada pH bungkusan PL ambil masa lebih kurang sejam. Kemudian proses pelepasan ambil masa lagi setengah jam. Akhirnya, kami dapat selesaikan semua sampai pukul 5:30 pagi.

Harvest Time - 15 Okt 08





Kali ni kami harvest dengan lebih sempurna, iaitu dengan membuat beberapa perubahan terhadap teknik yang kami gunakan pada 12/10/08. Pertama sekali kami telah mencipta segregation basket untuk memindahkan udang dari jaring untuk memilih udang yang kecil dan molting (salin kulit). Udang yang kecil dipindahkan ke kolam lain dan yang molting dilepaskan semula. Dengan cara ini, udang tidak rugi dan tidak stress. Di stocking pond pula kami telah memasang aeration, dan melepaskan udang perlahan-lahan supaya mereka tidak jatuh terbalik dan bertimpa yang akan menyebabkan kematian. Kami juga telah meletakkan substrate atau rumah untuk mereka supaya lebih selesa dan dapat stock lebih banyak.

Jikalau pada 12/10/08 kami harvest 100kg udang dan 7kg mati, kali ini kami harvest 100kg udang dan hanya 200g sahaja yang mati. Syabas TrueAqua!!!

Sunday, October 12, 2008

Many Projects Ahead

4th Quarter 2008 adalah anjakan paradigma kepada TrueAqua. Terlalu banyak projek dan sub projek yang ingin dilakukan. Sebagai contoh nak tambah stocking pond, mini hatchery, sub projek kambing, sub projek cendawan, sub projek kelisa, upgrading fasiliti kolam, kolam udang FASA 2 dan menambah pekerja. Kemungkinan projek ini akan bersambung hingga ke 2009.