PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Wednesday, January 28, 2009

Kursus Ternakan Udang Galah 2009 Berjaya!!!

Ahad lepas 25hb Jan 08 kami telah anjurkan kursus ternakan udang galah di kolam kami di Ulu Bendul. Alhamdulillah, sambutan amat meriah dan mendapat reaksi positif dari peserta. Konsep kami yang santai dan kursus di tepi kolam sambil di tiup angin dan cuaca yang nyaman memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keistimewaan kursus kami ialah kami boleh tunjukkan terus aplikasi atau perkara-perkara yang diajar dan membuatkan peserta terus faham. Selain dari teori, praktikal seperti memberi makanan, biologi udang galah serta menjala dapat ditunjukkan serta-merta. Dengan penerimaan positif ini, kami akan teruskan lagi konsep sebegini dan insyaAllah, kursus kedua di kolam kami akan diadakan dua minggu dari sekarang. Tarikh akan diberitahu kelak. Jangan lepaskan peluang ini!!!





Wednesday, January 14, 2009

Kursus Ternakan Udang Galah 2009

Salam,

Kepada sesiapa yang berminat nak menceburi di dalam penternakan udang galah atau inginkan ilmu tentang pembelaan udang galah bolehlah hadiri kursus kami seperti yang tertera pada iklan di atas. Kursus ini amat sesuai untuk mereka yang berminat nak buat udang galah mahupun mendapat sedikit exposure tentang potensi bisnes ini serta cash flow untuk bisnes ini. Ramai yang takut untuk membuat udang galah kerana dikatakan susah dan memerlukan modal besar. Tetapi udang galah adalah antara bisnes penternakan air yang mempunyai margin untung yang amat besar, mempunyai harga pasaran yang stabil dan sentiasa meningkat serta permintaan pasaran yang sentiasa kekurangan.

Jadi sesiapa berminat sila hubungi Encik Razi ataupun email kami untuk booking atau keterangan lanjut. Penyertaan amat terhad, siapa cepat dia dapat.

Sunday, January 11, 2009

TRUEAQUA BOYCOTT AMERICANS/ ISRAELS PRODUCTS

Salam and good day to all visitors.

With the recent attack on Gaza by the Zionists, we here at TrueAqua is very upset on the current situation when the whole world condemned the action but the attack is still ongoing due to the undivided support of the American government.

Therefore, as Muslims and concerned citizen of the world, we are here boycotting all products from America/ Israel and fully support the Palestinians. We also have donated some funds for their relief and always pray to Allah for the safety and glory for the Palestinians. We urged all of you whether Muslim or not please do the same and do not give money to the US as they gained RM10mil a day from us through their product!!! Please do not kill the Palestinian childrens by buying KFC, McD, Starbucks and so on. Please donate, even RM1 is enough as long as you are sincere.

Now the world know that who is the real terrorist and their number one funder.