PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Wednesday, January 28, 2009

Kursus Ternakan Udang Galah 2009 Berjaya!!!

Ahad lepas 25hb Jan 08 kami telah anjurkan kursus ternakan udang galah di kolam kami di Ulu Bendul. Alhamdulillah, sambutan amat meriah dan mendapat reaksi positif dari peserta. Konsep kami yang santai dan kursus di tepi kolam sambil di tiup angin dan cuaca yang nyaman memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keistimewaan kursus kami ialah kami boleh tunjukkan terus aplikasi atau perkara-perkara yang diajar dan membuatkan peserta terus faham. Selain dari teori, praktikal seperti memberi makanan, biologi udang galah serta menjala dapat ditunjukkan serta-merta. Dengan penerimaan positif ini, kami akan teruskan lagi konsep sebegini dan insyaAllah, kursus kedua di kolam kami akan diadakan dua minggu dari sekarang. Tarikh akan diberitahu kelak. Jangan lepaskan peluang ini!!!





2 comments:

nookie said...

kursus yg amat infomatif...paling best kursus santai-santai tepi kolam...x boring...credit to all true aqua crew...wa salute beb ngan lu orang...insyallah kalo ade rezeki kite jumpa lagi...

am said...

bla nak buat lagi nie....
dpt free udang tak?