PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Saturday, December 12, 2009

Galah Desa Dibuka 6 Disember 2009

Salam dan hi to all,

Alhamdulillah Galah Desa berjaya dibuka on time dan sambutan amatlah menggalakkan. Few days before opening pun dah ramai yang tanya bila bukak. So hari pembukaan memang best, ramai yang teruja dengan jenggo-jenggo yang berjaya dinaikkan. Pakej-pakej yang ditawarkan secara asasnya sama seperti di Ulu Bendul tetapi kami akan introduce pakej-pakej baru sedikit demi sedikit untuk memenangi hati pelanggan. Buat masa ini anda boleh lihat pakej secara details di www.galahdesa.com

Selain itu, kami juga akan memberikan kad masa untuk anda kumpul masa memancing. Untuk 10jam masa terkumpul kami akan berikan percuma 1jam memancing.





Wednesday, December 2, 2009

Galah Desa - Kolam Pancing TrueAqua di Seksyen 23, Shah Alam

Salam semua,

Alhamdulillah kami di dalam proses membina kolam pancing kedua kami, kali ini di tengah bandar Shah Alam di Seksyen 23. InsyaAllah akan dibuka pada Disember 2009. Untuk kesana dari kilang PROTON terus sampai roundabout JVC (Seksyen 20). Masuk kiri (pukul 9) dan terus sampai sebelum roundabout seterusnya masuk kiri ke shoplot area Seksyen 23. Kedai kami berada di sebelah belakang menghadap taman perumahan.

Kami janjikan kelainan di kolam pancing ini dengan pakej2 menarik, layanan mesra dan semestinya bekalan udang yang tidak akan putus. Nantikan pembukaan kami pada Disember 2009!!