Sabtu 8 November 2008, ladang ternakan TrueAqua sekali lagi menerima kunjungan tetamu. Kali ini tetamu yang hadir melawat kolam kami adalah Pengarah Perikanan Negeri Sembilan yang baru iaitu En. Wan Muhammad Aznan bin Abdullah.
En Wan Muhammad Aznan sebelum ini bertugas di cawangan kawalselia dan perlindungan sumber pejabat perikanan negeri Kedah. Memulakan tugas secara rasmi pada 3 November 08 di Negeri Sembilan. TrueAqua amat mengalu-alukan kedatangan En Wan Muhammad Aznan ke Negeri Sembilan. Diharapkan supaya beliau dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perikanan untuk memajukan industri akuakultur khususnya di Negeri Sembilan.
En Wan Muhammad Aznan sampai di Kolam kami pada pukul 2.30pm bersama dengan pegawai perikanan daerah Kuala Pilah iaitu En. Amran. Beliau menghabiskan masa lebih kurang 15 minit untuk membuat pemerhatian dan mendengar penerangan serba ringkas mengenai operasi kolam udang kami. Beliau juga turut mencadangkan beberapa idea untuk kami applikasikan bagi meningkatkan lagi produktiviti Udang Galah kami.
Kami juga turut sama berbincang berkenaan dengan penglibatan pihak jabatan di dalam memastikan para penternak mendapat manfaat dengan kerjasama jabatan perikanan-penternak bagi menjamin kejayaan industri akuakultur di Negeri Sembilan.
Sekalung terima kasih kepada pengarah perikanan Negeri Sembilan. Semoga maju jaya.
1 comment:
syarikat cik ade membekal benih udang galah tak?kalau ada blh bg detail harga n kalau xde di mana sy blh dapatkan benih udang galah,harap blh sms maklumat ke 0176391613(sms shj)or email ke amarjan87@yahoo.com
Post a Comment