PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Sunday, November 30, 2008

Cara-cara melepaskan benih

Jumaat lepas 28 Nov 08, kami telah melepaskan benih baru sebanyak 150,000 ekor ke dalam 2 kolam kami. Jadi di sini kami ingin menerangkan serba sedikit cara2 melepaskan benih udang galah. Benih akan datang di dalam bungkusan plastik berisi oksigen dan kuantiti tidak kurang 1000 ekor seplastik. Apabila sampai, keadaan benih akan diperiksa supaya ia aktif dan agresif.




Kemudian beg2 plastik tadi akan diletakkan ke dalam kolam tanpa dibuka untuk penyesuaian suhu lebih kurang 15 - 20 minit.



Selepas itu, buka beg2 plastik tersebut dan masukkan air kolam sedikit demi sedikit untuk penyesuaian pH kolam dan lihat keadaan benih samada aktif atau tidak. Pelepasan benih adalah lebih bagus jika adanya tempat untuk mereka berpaut dan berteduh seperti daun kelapa. Satu lagi, jika dilepaskan di tempat air masuk adalah bagus kerana disitu banyak oksigen. Benih dilarang dilepaskan pada waktu panas terik untuk mengelakkan dari stress dan mati. Proses ini memakan masa tetapi ia penting untuk memastikan semua benih selamat.


Saturday, November 22, 2008

Biologi Udang Galah

Sedikit pengenalan tentang biologi udang galah, bagaimana nak bezakan dengan udang lain serta bagaimana nak kenal jantan dan betina.



Biologi udang galah, nama saintifik dan nama biasa:
•Rostrum – Tanduk
•Telson – Ekor tajam
•Antennae – Misai
•Chalae – Tangan atau sepit
•Periopods – Kaki untuk berjalan (Walking legs)
•Gills – Insang
•Pleopods – Kaki untuk berenang (Swimming legs)
•Uropods – Ekor kemudi

Ciri-ciri udang galah (perbezaan dengan udang lain):
•Rostrum yang amat panjang dan melentik (berbeza dengan udang lain)
•Telson yang lebih panjang dan tajam
•Udang galah jantan dominan mempunyai sepasang sepit biru yang amat panjang (galah), hujungnya berbulu coklat yang digunakan untuk menyerang atau mempertahankan diri.

3 jenis udang galah jantan:
•Blue claw (BC) – Sepit Biru, sangat dominan dan sangat agresif
•Orange Claw (OC) – Sepit Oren, kurang dominan, agresif
•Small Males (SM) – Jantan Kecil, tidak dominan, tidak agresif

Monday, November 17, 2008

Baja Asli Gunung Berapi - Baja Zeolite

Berita baik untuk penternak dan petani!!! Kini baja yang terbaik untuk tanaman dan ternakan anda, baja all in one yang dapat meningkatkan hasil, mengurangkan masalah serta kos iaitu BAJA ASLI GUNUNG BERAPI - BAJA ZEOLITE

APA ITU BAJA ZEOLITE??
BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.



PENGGUNAAN BAJA ZEOLITE:

PENTERNAKAN:
Zeolite boleh digunakan sebagai mineral tambahan untuk ayam, biri-biri, lembu dan ternakan lain. Dengan campuran 5%-10% Zeolite di dalam makanan, ianya meningkatkan berat dan kesuburan ternakan sehingga 20% ke 30% dari keadaan biasa

PERTANIAN:
Mengandungi POTASSIUM yang tinggi, berkeupayaan bertindak balas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah. Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITIY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan

INDUSTRI RAWATAN AIR
Kadar 'ion exchange capacity' yang tinggi di dalam Zeolite dan kombinasi dengan unsur atau elemen di dalamnya dapat menyerapkan dan mengurangkan kandungan besi dan metal serta ammonia dan nitrat di dalam air. Dengan ini, Zeogen adalah satu perantaraan yang unik yang mana ianya dapat menghalang pencemaran air dari berlaku

PENTERNAKAN UDANG GALAH/ IKAN
1) Menyerap unsur-unsur cecair NH4+, NH3, H2S, besi dan metal di dalam air
2) Mengurangkan kandungan ammonia dan toksik di dalam air
3) Melanjutkan jangkahayat, mengurangkan kematian, menambahkan hasil keluaran
4) Merawat air dan meningkatkan kebersihan air kolam
5) Mengurangkan bau busuk dan hanyir udang
6) Mengurangkan/ menjimatkan penggunaan air dalam menyelenggara kolam
7) Menggalakkan pertumbuhan plankton

Selain itu ia juga boleh digunakan oleh orang persendirian untuk kegunaan berkebun di rumah, menyuburkan rumput dan untuk kegunaan kolam ikan di rumah

Baja Zeolite kami adalah keluaran

BAKAM SUCI SDN BHD
46-1-B Jalan 7A/2 Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,Selangor Darul Ehsan
Website: www.organikpro.com

Untuk sesiapa yang berminat dengan BAJA ZEOLITE ini, boleh hubungi En Razi atau email kepada kami. Harga ialah RM35/beg/25kg.

Agro Expo Negeri Sembilan 2008

Agro Expo Negeri Sembilan yang diadakan di berhampiran Stadium Paroi, Negeri Sembilan berlangsung dari 13 Nov hingga 18 Nov 2008. Kami dikira bertuah kerana dipilih oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk mengedarkan udang galah hidup sebanyak 60kg untuk tujuan pertandingan memancing udang. Ramai orang yang teruja apabila melihat udang galah hidup di depan mata dan tidak sabar untuk memancing. Acara memancing ini mendapat sambutan hangat kerana ia adalah yang kali pertama diadakan di Agro Expo di sini malahan di MAHA pun tidak pernah ada pertandingan memancing udang galah. Selain udang galah kami, udang-udang galah dari kawasan lain di Negeri Sembilan juga digunakan untuk tujuan pertandingan memancing ini.



Monday, November 10, 2008

Udang Galah Panjat - Makan Berhias Pengantin

Sabtu lalu, selain lawatan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan kami juga ada permintaan dari penduduk kampung Ulu Bendul untuk membeli udang galah bersaiz besar dan bersepit biru (100gram ke atas) untuk dijadikan udang panjat di majlis perkahwinan sebagai makanan pengantin. Jadi, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melihat udang kami versi majlis pengantin kerana sebelum ini asyik tengok yang hidup atau lauk biasa aje.



Lawatan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan




Sabtu 8 November 2008, ladang ternakan TrueAqua sekali lagi menerima kunjungan tetamu. Kali ini tetamu yang hadir melawat kolam kami adalah Pengarah Perikanan Negeri Sembilan yang baru iaitu En. Wan Muhammad Aznan bin Abdullah.

En Wan Muhammad Aznan sebelum ini bertugas di cawangan kawalselia dan perlindungan sumber pejabat perikanan negeri Kedah. Memulakan tugas secara rasmi pada 3 November 08 di Negeri Sembilan. TrueAqua amat mengalu-alukan kedatangan En Wan Muhammad Aznan ke Negeri Sembilan. Diharapkan supaya beliau dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perikanan untuk memajukan industri akuakultur khususnya di Negeri Sembilan.

En Wan Muhammad Aznan sampai di Kolam kami pada pukul 2.30pm bersama dengan pegawai perikanan daerah Kuala Pilah iaitu En. Amran. Beliau menghabiskan masa lebih kurang 15 minit untuk membuat pemerhatian dan mendengar penerangan serba ringkas mengenai operasi kolam udang kami. Beliau juga turut mencadangkan beberapa idea untuk kami applikasikan bagi meningkatkan lagi produktiviti Udang Galah kami.

Kami juga turut sama berbincang berkenaan dengan penglibatan pihak jabatan di dalam memastikan para penternak mendapat manfaat dengan kerjasama jabatan perikanan-penternak bagi menjamin kejayaan industri akuakultur di Negeri Sembilan.

Sekalung terima kasih kepada pengarah perikanan Negeri Sembilan. Semoga maju jaya.

Friday, November 7, 2008

TrueAqua Change Our Life....

Kehidupan yang totally berbeza. 180 degree turn, dari kerja makan gaji ke penternak udang sepenuh masa. Mula2 kami takut, kemudian bertukar seronok, dan kini kami berjaya buktikan yang perikanan adalah perniagaan dan perniagaan menjamin pulangan yang lumayan jikalau bersungguh2. Sesungguhnya kami letih, penat dan kerja kami lebih penat dari makan gaji, kadang2 balik lewat malam, kadang2 kerja 7 hari seminggu, kadang2 kerja 2 hari straight. Tapi penat lelah kami berbaloi kerana kami kerja untuk kami, kami berbudi pada tanah. Penat kami hanya penat fisikal, tetapi mental kami tak stress, masa banyak, schedule sendiri. Kalaulah semua orang tahu keseronokan yang kami hadapi. Gambar2 di bawah adalah gambar2 kami ketika bekerja, ketika seronok, ketika letih dan ketika berbincang....





Thursday, November 6, 2008

Pengasingan Udang Berumur 2 Bulan

Sales kami dah hampir mencecah 1 tan dalam masa sebulan. Sekarang kami fokus untuk udang2 kami yang berumur dua bulan. Kesemuanya ada 135,000 ekor di dalam 3 kolam. Jadi sekarang adalah masa untuk pengasingan ke kolam2 lain. Kerja agak berat sekarang kerana pengasingan agak memakan masa untuk asingkan ke setiap kolam sebanyak 30,000 ekor supaya mereka cepat besar. Kemudian pemakanan intensif, aplikasi baja zeolite serta kapur kalsium karbonat hendaklah dilakukan secara intensif.

Selepas 2 bulan, udang2 yang kami stock ke dalam kolam secara padat haruslah di asingkan ke beberapa kolam agar lebih longgar densitynya supaya lebih senang besar dan kesemuanya dapat makan yang rata. Proses ini amat penting untuk dapat pulangan lumayan dan survival yang tinggi.





Wednesday, November 5, 2008

Majlis Interaksi Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Dengan Pengusaha Akuakultur

Pada hari Selasa 28hb Oktober 2008, atas jemputan Pegawai Perikanan Daerah Kuala Pilah, TrueAqua telah menghadiri Majlis Interaksi yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang bertempat di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia DATO' JUNAIDI BIN CHE AYUB turut hadir merasmikan majlis tersebut. Kami juga turut serta dengan dialog bersama Dato Junaidi bagi mengutarakan pandangan kami. Kami meminta Ketua Pengarah agar mempertimbangkan untuk mengadakan satu makmal pemeriksaan kualiti air berhampiran dengan kawasan kolam ataupun daerah kami. TrueAqua merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perikanan untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kualiti air bagi memastikan kualiti air kolam penternak2 sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Kami juga membawakan contoh di negara jiran Thailand, di sana pihak jabatan menyediakan satu makmal di kawasan kolam ternakan bagi memudahkan para penternak mengetahui situasi kualiti air. Kualiti air yang bagus akan menjamin hasil yang baik. Pandangan kami telah mendapat perhatian Ketua Pengarah dan harapan kami tindakan susulan akan dilakukan.

Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat pameran yang diadakan di sana. Selepas makan tengah hari, kami pun balik dan meneruskan tugas kami di kolam. Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan adalah PPPAT yang terbaru serta yang utama di Malaysia. Mereka banyak melakukan penyelidikan terhadap spesis ikan hiasan dan ikan ternak. Banyak perkara baru yang kami pelajari di sana.





Sunday, November 2, 2008

Aeration - Aspirator Aerator

Buat masa ini, kebanyakan penternak ikan dan udang di Malaysia menggunakan paddlewheel ataupun bottom aeration guna diffuser (air stone) atau PVC tebuk lubang. Setelah saya kaji di internet dan dapat info dari MAHA 2008. Ada teknologi baru iaitu Aspirator Aerator. Ianya lebih effektif dibandingkan dengan paddlewheels, air stone dan lain-lain. Di bawah adalah perbandingan O2 transfer di dalam kolam antara ketiga-tiga produk.


Paddlewheel : O2 tidak sampai ke bawah dan merosakkan pond bottom


Diffuser: Vertical aeration sahaja, banyak dead spot yang tak kena O2


Aspirator: O2 transfer sekata dan tidak rosakkan kolam

Aspirator aerator bukan sahaja dapat transfer O2 dengan sekata serata kolam, malah kapur, baja atau chemical lain juga boleh disebarkan dengan rata dalam kurang dari 30 minit. Bermakna dalam 30 minit juga O2 dapat disebarkan keseluruh kolam dengan sekata.


Startup


Lepas 8 minit


Lepas 30 minit


Paddlewheel selepas 30 minit

Antara kelebihan aspirator ini ialah:
1) O2 transfer ke seluruh kolam dengan cepat dan sekata
2) Very fine bubble yang diciptakan memastikan DO level ke tahap yang tinggi dan buith tidak terus naik ke atas seperti air stone.
3) Less maintainance, tiada reduction gear
4) Sangat ringan, seorang sahaja boleh angkat
5) Dapat memastikan suhu kolam dalam keadaan yang sekata
6) Mengurangkan ammonia kerana O2 transfer yang tinggi
7) Dapat stok udang dengan kapasiti tinggi


Perhatikan buih di bawah dengan penggunaan aspirator aerator


Paddlewheel, hampir tiada buih di bawah


Aspirator aerator cap ayam, perhatikan betul2 buihnya agak besar dan terus naik ke atas. Gunakan line putih di belakang sebagai rujukan

Untuk keterangan lanjut anda boleh ke www.aireo2.com atau klik link yang saya berikan di sebelah kanan.