PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Wednesday, December 22, 2010

Sampling!!

Salam semua,

Untuk mereka yang tidak pernah membuat sampling atau masih tidak faham tentang sampling, posting ini amat berguna untuk anda. Selepas 2 bulan, bagi mereka yang menggunakan sistem kolam nursery, udang akan diasingkan ke kolam lain yang lebih besar. Pada ketika itu, berat udang dan kuantiti akan diketahui dengan tepat dan selepas itu barulah ia disampling secara mingguan untuk mengetahui penambahan berat dan makanan yang perlu. Bagi mereka yang mempunyai kolam yang terhad, sampling akan menentukan berat udang, berat total, survival dan kadar pemberian makanan yang diperlukan.

Peralatan yang diperlukan untuk sampling ialah jala, baldi untuk menyimpan udang hidup, penimbang dan buku catatan.



Kebiasaannya, 10 tempat akan dijala dan diambil jumlah udang dan disimpan di dalam baldi untuk ditimbang kemudian.

Pastikan jala terbuka luas dan sempurna untuk mendapatkan data yang tepat, jika tidak sempurna dikira batal dan hendaklah dilakukan sekali lagi. Satu bukaan jala dikira sebagai 2 meter persegi.


Bukaan jala yang tidak betul


Bukaan jala yang betul


Hasil jalaan



Udang 2 bulan yang disimpan di dalam baldi/ tong untuk ditimbang

Udang yang ditangkap hendaklah diperiksa kesihatan seperti kaki dan antenna tidak putus, menandakan tidak jangkitan kuman. Warnanya putih dan gill/insangnya bersih dan tidak berlumpur. Kemudian periksa perutnya jika kosong ataupun penuh.




Baiklah, jika kesemua 10 tempat telah dijala dan diambil data, bolehlah kita membuat pengiraan sekarang.




Diharap anda dapat memahami pengiraan di atas serta cara yang betul untuk lakukan sampling. Untuk minggu seterusnya adalah lebih baik jika sampling di waktu yang sama, keadaan yang sama supaya lebih tepat data yang di ambil.

Sunday, December 12, 2010

Lawatan ke Kolam Mr Ng di Bukit Tinggi

Salam semua,

Mr Ng adalah salah seorang peserta kursus penternakan udang galah di TrueAqua Enterprise pada tahun ini. Beliau mempunyai sebidang tanah di Kg Bukit Tinggi, Bukit Tinggi di tepi Karak Highway berhampiran Air Terjun Janda Baik. Mengapa beliau berminat untuk menternak udang galah? Kerana permintaan 'mee hoon udang galah' di restoran beliau mendapat sambutan hangat tetapi supply udang galah tempatan dan juga negara berdekatan amatlah limited. Oleh itu beliau bercadang untuk menternak udang galah sendiri bermula dengan kecil-kecilan dahulu.

Sebagai mentor beliau, kami rasa bertanggungjawab untuk melawat tempat beliau dan memantau kualiti kolam serta udang di sana.


Aerotube Setting


Nice Fountain


Kolam yang bersaiz sekitar 400m2


Sumber dari air Terjun Janda Baik






Penggunaan Aerotube yang berkesan

Sebagai rumusan, saya dapati masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi kelengkapan seperti jala, jaring, feeding tray dan lain-lain. Namun keprihatinan Mr Ng terhadap kualiti air memang bagus. Kesihatan udang beliau di tahap terbaik dan saiz udangnya secara purata memang ditahap yang sepatutnya. InsyaAllah, pemantauan akan dilakukan lagi dalam masa 2-3bulan semasa beliau harvest, dan pasti akan diupdatekan di blog ini :P

Thursday, December 9, 2010

Kursus 27 November 2010 Berjaya!!

Salam semua,
Setelah sekian lama kursus penternakan udang galah tidak diadakan, kini kursus kembali dengan lebih bertenaga dan meriah!! Sambutan yang menggalakkan dari peserta dan input yang memberangsangkan membuatkan kami berasa terharu dan bangga. Terima kasih!!