Thursday, February 18, 2010

Kualiti atau Kuantiti??

Salam and hi to all,

Chinese New Year baru-baru ini saya ke Jusco Midvalley sekadar jalan-jalan. Selalunya kalau ke JJ, Tesco atau Carrefour saya akan ke kawasan wet market di mana ada ikan, sotong dan yang penting udang. So, tiba-tiba terfikir nak snap gambar untuk jawab beberapa soalan orang ramai kenapa udang galah dari penternak udang galah yang dijual hidup harganya mahal.

Baiklah, untuk menternak udang memerlukan pengawasan rapi, jagaan kualiti air, pemberian makanan yang betul dan macam-macam lagi. Kos ini sudah termasuk dalam harga 1kg udang. Udang hidup pasarannya adalah kolam pancing, maka ada saiz tertentu yang menjadi standard di kolam pancing. Untuk mendapat saiz sedemikian pemakanan, mineral, supplement dan pengasingan udang perlu dititikberatkan. Belum lagi fikir benih ok ke tak kerana penternak tak dapat menentukan benih yang dibeli akan memberikan saiz udang besar atau tidak.

Harga udang hidup yang diambil sendiri di kolam adalah sekitar RM42/kg. Udang ini sememangnya segar sebab masih hidup dan tidak perlu diletak chemical supaya tahan lama seperti udang mati atau ikan mati. Di JJ Midvalley saya tengok harga udang galah mati adalah RM3.99/ 100gram ~ RM39.99/kg. Dengan kata lain bezanya RM2 sahaja antara udang segar dari ladang dan udang mati (most probably dari Thailand). Udang dari Thailand dijamin tidak segar walau macamana hebat pun middleman yang hantar udang tu cakap segar.

Bayangkan dari proses tangkap udang --> kuarantin udang --> ke middleman di utara --> ke middleman di kl --> ke pasaraya besar --> ke tangan pengguna. Di pasaraya besar pulak tak tau berapa lamakah stok itu disimpan.

Baiklah nak senang tengok jelah gambar udang galah yang kononnya 'murah' ni. Saya dapati dah merah, putus kepala dan busuk. Terus-terang saya katakan, kucing-kucing di kolam saya pun fikir dua kali sebelum makan, inikan lagi manusia.....


No comments:

Post a Comment