Wednesday, February 3, 2010

Delivery Setup Guideline

Yaaa...sekarang kami tengah aktif delivery. Banyak permintaan dari Lembah Klang untuk udang galah dan kami terpaksa memenuhi permintaan mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk mengambil udang galah sendiri. Kami tidak menggunakan 4wd atau lori tetapi hanya kereta, namun boleh membuat penghantaran maksimum 50kg sekali hantar. Setakat ini, cara delivery kami amat memuaskan dan kematian amatlah minimum atau tiada langsung kematian. Untuk mereka yang nak setup untuk delivery, apa yang perlu ialah:

1) DC Motor
2) Wiring DC Motor ke bateri atau fuse kereta beserta suis
3) Aeration system yang cukup
4) Bekas simpanan udang
5) Thermometer
6) Ais

1) Ingat, level air dan udang adalah hampir sama supaya pergerakan udang minima atau langsung tak dapat bergerak supaya tiada pergaduhan

2) Suhu sesuai ialah 17 C, kadar ais haruslah enepati suhu ini, bergantung pada cuaca. Jika perjalanan jauh, berhenti seketika untuk periksa suhu. Jika perlu tambahkan ais.

3) Periksa udang sebelum memulakan perjalanan, jangan bawa udang lembik kerana ia bakal mati di dalam perjalanan

4) Untuk backup, bawa penimbang, bakul serta tangguk sendiri kerana mungkin customer tidak mempunyai kelengkapan ini.

5) Buku resit jgn lupa ye :P





No comments:

Post a Comment