Tuesday, October 6, 2009

Pengawalan Ammonia Di Dalam Kolam Ternakan Anda - PondPlus

Salam dan selamat sejahtera,

Sudah begitu lama blog ini tidak diupdate, maklumlah bulan puasa dan sekarang ni pulak TrueAqua semakin sibuk melebarkan sayap atau melebarkan sepit udang, hehe. Kami sekarang di dalam proses meningkatkan produktiviti kolam kami.

Selama ini kami telah menggunakan beberapa produk untuk mengawal ammonia dan pada pendapat kami Pond Plus dari Novozymes (USA) adalah yang paling berkualiti dan bagus. Dengan pemberian makanan yang mencecah 15kg sehari langsung tidak meningkatkan kadar ammonia dalam kolam kami. Malah kolam yang berlumut teruk juga kami gunakan dan akhirnya semua lumut mati dan hancur.

Serba sedikit info pasal Pond Plus:
1) Mempunyai 1 billion cfu/ gram, bermakna 1 billion bakteria di dalam hanya 1 gram pond plus, berbeza dengan produk bakteria lain.
2) Penggunaan yang sangat sedikit tetapi hasil yang bagus, sebagai contoh untuk kolam 2000m2 hanya perlu 160g semasa penyediaan dan 60g mingguan untuk mengawal ammonia.
3) Mempunyai 7 jenis bakteria berbeza untuk tujuan berbeza. Sebagai contoh, untuk menghancurkan algae, hanya bakteria tertentu sahaja di dalam 7 jenis ini yang dapat menguraikannya. Ini kerana bakteria ini tidak memakan protein tetapi fiber (algae tidak mempunyai protein tetapi fiber halus seperti rambut)
4) Antara kebaikan lain ialah udang lebih sihat, lumpur di dasar kurang, survival meningkat, FCR kurang dan lain-lain
5) Untuk maklumat lanjut sila ke www.novozymes.com dan lihat produk novozymes lain seperti Pond Protect dan Pond Detox.





No comments:

Post a Comment