Wednesday, October 28, 2009

Monosex Post Larvae (Benih Sama Jantina)

Salam dan hi to all,

Dah lama blog ni tak diupdate dek kerana terlalu sibuk dgn aktiviti kolam. Rupanya-rupanya byk follower2 yg mengadu kenapa blog tak diupdate (you know who you are, and thanks for the support :P)

Ok baru-baru ini kami ada bertemu dengan pakar udang galah dari Thailand dan bertanyakan tentang monosex post larvae atau benih sama jantina. Untuk pengetahuan semua, penternak2 udang galah amat mengharapkan supaya mendapat kebanyakan atau kesemua udang galah mereka adalah jantan. Ini kerana udang galah jantan boleh membesar sehingga 100+ gram di dalam kolam, mempunyai sepit biru (idaman pemancing), berat dan juga jika kesemua udang galah adalah jantan maka tiada pergaduhan berlaku untuk berebut pasangan. Maka survival penternakan akan meningkat!!

Pakar dari Thailand ini setuju dengan pendapat kami, tetapi beliau berkata Thailand juga tiada kepakaran seperti itu (mungkin ada tapi tak ramai). Beliau berkata, India adalah negara terhebat sekarang di dalam penternakan udang galah. India mempunyai kepakaran tersebut.

Apa yang mereka lakukan ialah mereka mengasingkan udang mengikut jantina ketika mereka masih benih!! Dan hanya menggunakan kepakaran mata dan tangan sahaja. Kami mendapat beberapa gambar untuk dikongsi dan dari gambar ini benih udang galah mereka amat besar (seperti umur sebulan di dalam kolam). Kepada mereka yang pakar, sila komen tentang gambar di bawah kerana ini sememangnya pengetahuan baru bagi kami.




No comments:

Post a Comment