Salam,
TrueAqua masih lagi mentah di dalam arena burung walit ini, namun ada sedikit info yang ingin dikongsi supaya pembaca blog faham tenatang burung walit dan khasit sarang burungnya. Jika ada kesalahan dan tersalah fakta kami mohon maaf kerana kami masih lagi tidak pakar di dalam bidang ini.
Namun kami ingin menceburi bidang ini kerana potensi tinggi secara global. Ia juga bukannya makanan kesihatan yang baru, ia terbukti sangat bagus selama beribu tahun lamanya.
APA ITU SARANG BURUNG WALIT (SWIFTLET IN ENGLISH)
Dihasilkan oleh 2 spesis walet, iaitu
White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah ?
Sarang burung yang berwarna putih dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil “Aerodramus Fuciphaga”. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti.
Sarang burung yang berwarna hitam dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil ” Aerodramus maxima” .Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding sarang yang berwarna putih.
Sarang yang berwarna merah dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung walet. Warna ini terhasil apabila berlaku tindak balas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat di sesetengah gua.
Terdiri daripada 3 jenis sarang burung:
Sarang Burung Berdarah ( Merah )
Sarang Burung Sutera Keemasan ( Kuning )
Sarang Burung Maharaja Putih ( Putih )
Perbezaan di antara Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung)
Sarang Burung Liar – Kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran semulajadi.
Sarang Burung Ternakan – Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih.
Apakah yang anda tahu tentang sarang burung?
Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
Terdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,fosforus & magnesium.
Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.
Kepentingan Sarang Burung Dalam Masyarakat Cina
Sarang burung berada di tahap kedua selain Ginseng.
Pemangkin pertumbuhan sel dan kulit.
Penggunaan janka panjang – Mencantikan permukaan kulit, menberi tenaga dan mengukuhkn ketahanan kepada golongan tua terhadap penyakit.
Kitab Compendium of Materia Medica – Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal.
Kandungan Kimia Sarang Burung
( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )
9% moisture
20% inorganic ash
32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
No comments:
Post a Comment