Baru-baru ini kami telah menggunakan teknologi long arm paddlewheel yang biasa digunakan oleh penternak udang harimau. Kebanyakan long arm digunakan di negara Thailand yang lebih advance dalam penternakan udang ini. Kami menggunakan long arm kerana ia lebih menjimatkan kos,dapat bekalkan lebih oksigen kepada kolam serta menghasilkan arus yang lebih deras di dalam kolam. Keburukannya ialah jika tidak dipasang dengan betul, banyak part mudah rosak dan maintainance tinggi. Long arm paddlewheel menggunakan motor, pulley dan gear. Setupnya terletak pada kekreatifan masing-masing. Kami menggunakan 5hp motor untuk bekalkan oksigen kepada 2 kolam. Terdapat juga 3hp motor untuk bekalkan oksigen kepada satu kolam. Ia lebih murah kerana kos untuk satu sistem tidak lebih dari RM2k, manakala paddlewheel biasa 1hp berharga lebih kurang RM1k.
No comments:
Post a Comment