Wednesday, November 5, 2008

Majlis Interaksi Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Dengan Pengusaha Akuakultur

Pada hari Selasa 28hb Oktober 2008, atas jemputan Pegawai Perikanan Daerah Kuala Pilah, TrueAqua telah menghadiri Majlis Interaksi yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang bertempat di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia DATO' JUNAIDI BIN CHE AYUB turut hadir merasmikan majlis tersebut. Kami juga turut serta dengan dialog bersama Dato Junaidi bagi mengutarakan pandangan kami. Kami meminta Ketua Pengarah agar mempertimbangkan untuk mengadakan satu makmal pemeriksaan kualiti air berhampiran dengan kawasan kolam ataupun daerah kami. TrueAqua merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perikanan untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kualiti air bagi memastikan kualiti air kolam penternak2 sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Kami juga membawakan contoh di negara jiran Thailand, di sana pihak jabatan menyediakan satu makmal di kawasan kolam ternakan bagi memudahkan para penternak mengetahui situasi kualiti air. Kualiti air yang bagus akan menjamin hasil yang baik. Pandangan kami telah mendapat perhatian Ketua Pengarah dan harapan kami tindakan susulan akan dilakukan.

Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat pameran yang diadakan di sana. Selepas makan tengah hari, kami pun balik dan meneruskan tugas kami di kolam. Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan adalah PPPAT yang terbaru serta yang utama di Malaysia. Mereka banyak melakukan penyelidikan terhadap spesis ikan hiasan dan ikan ternak. Banyak perkara baru yang kami pelajari di sana.





4 comments:

  1. nape tak view pic bro yg pakai cap putih tu besar sket?

    ReplyDelete
  2. encik ajin, mungkin lain kali kita ambil gambar sama2 lagi besar, barula hensem, heheh

    ReplyDelete
  3. saya berkenan dgn brother pakai spec tu...
    berapa RM /sekilo hidup?

    ReplyDelete