Pond 5 dah habis kami harvest dengan jayanya dalam masa 2 minggu lebih. Alhamdulillah kami berjaya jual lebih dari 500kg udang galah dari Pond 5. Setakat ini, ia adalah kolam yang paling berjaya dengan hanya stocking 27,000 PL sahaja. Dengan pemberian makanan yang intensif, sistem bottom aeration, 2 paddlewheel, sistem EM dan sistem substrate kami berjaya mendapatkan hasil yang lumayan. Bukan itu sahaja, lebih kurang 5000 ekor udang galah saiz kecil kami transferkan ke Pond 8 untuk di harvest dalam masa 2 bulan lagi. Bermakna, kemungkinan hasil dari Pond 5 akan mencecah hampir 1 tan.
Kalau dahulu masa part time, kejayaan kami hanyalah sekitar 200kg sahaja, sekarang kami target 1 tan untuk satu kolam, insyaAllah....
lyi
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletenak tahu, (baru first time bukak blog ni),
Berapa income dapat dari bisnes udang galah? berapa sekilo?
sekilo berapa ekor?
satu pond boleh tampung berapa banyak ekor?
saya nak tahu basic dulu. Bila dah tahu yg ni, baru saya berniat nak beli ebook.
Terima kasih.