PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Saturday, June 13, 2009

Where Are We Now???

Hi,

Just surfing the web and found a good statistics for sharing. Got this from a friends blog. Its quite an old statistics but gives a clear picture where Malaysia is in freshwater prawn industry globally. We definitely behind Thailand and Vietnam but we are in the top 15.

I made some analysis of the pie chart and found these conclusion:
1) China is no 1 because of cheap manpower, cheap sources and of course a huge country.
2) USA is the only western country in the top 15 (so eventhough we think they are modern, but they are still behind)
3) Perhaps (correct me if im wrong) only 2 four season countries (USA, Taiwan) is in the top 15
4) Most of the countries are Third World
5) Top 6 countries are of Asia Continent

Click the pix below to get a larger view

Monday, June 1, 2009

Pemancing Yang Senyum Dapat Udang Galah Kami

Salam and hi to all,

Sememangnya udang galah dari TrueAqua memuaskan hati para pemancing!! Mereka tersenyum gembira bila dapat naikkan sepit biru yang besar mahupun sepit oren yang tidak kurang hebatnya. Dibawah adalah antara pemancing yang dapat menaikkan udang galah besar.








TrueAqua Fishing Park Semakin Popular

Salam and hi to all,

TAFP sekarang semakin popular dan mendapat pelanggan hingga ke Bahau, Serting, Senawang. Seremban dan juga beberapa pemancing dari KL. Apa yang positifnya ialah udang kami 'kasar2' kata mereka dan udang banyak. Kolam tanah memang menjadi kegemaran pemancing otai kerana udang lebih agresif. Selain itu mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan motor ataupun pancing tanpa motor. Kami sememangnya membenarkan apa-apa jenis umpan di kolam kami.

Oleh kerana terlalu ramai pemancing, maka kami memperkenalkan udang tag warna bagi mereka yang ingin dapatkan hadiah bonus wang ataupun free memancing beberapa jam. Tetapi beberapa syarat hendaklah dipatuhi untuk melayakkan diri untuk mendapat hadiah saguhati ini.





Monday, April 27, 2009

TrueAqua Fishing Park Is Now Open To Public

Hi to all, TAFP is now officially opened to public. We receive positive feedback from customers that come. We also have already returned customers. Our list customers is building up slowly in just 3 days. Alhamdulillah. For those of you are interested to fish udang galah, please come to our place. From Ulu Bendul Waterfall, its about 5km on the way to Kuala Pilah town. Situated on the right side before the famous dragon fruit farm at jalan lurus.

We charge RM24 for the 1st 2 hours. RM 10 per hour is charged for 4 hours and above. Pancing set and accesories available. Punpun pasir and cacing tanah also available. Weekday we open from 2 evening to 2 in the morning. Weekend at 10 morning to 4 in the morning.

InsyaAllah our udang galah supply will never broken because we produce our own udang galah. Every week there will be addition of 50kg udang galah for customers' satisfaction.






Wednesday, April 22, 2009

TrueAqua Fishing Park Is In Progress

Salam and hi to all,

As for now we are in the progress of building a fishing park or kolam pancing udang galah. Our concept is back to nature, so we uses a lot of forest wood, atap rumbia, zink lama, and many more to represent nature style environment. Sesuai dengan Ulu Bendul itu sendiri. Anyway this style is cheaper and uses many natural resources and recyclable items. Support Earth Day la sikit kan, hehehe

InsyaAllah kita akan buka tak lama lagi, hopefully this weekend or earlier next week but for those of you who are a fan of udang galah fishing or lalu sini ke or even fan of TrueAqua please come. Udang galah kitorang memang besar-besar dan agresif!! Tak rugi datang woo....




Monday, April 6, 2009

Kursus Penternakan 5 April 2009

Dah lama rasanya x letak gambar2 pasal kursus nih, kali rasa nak letak sebab kitorang buat BBQ skali. Skang ni kita wat konsep kursus bersama BBQ sebab ramai orang request (maybe diorang terliur tgk udang galah masa kitorang jala tuh). So semalam mmg tak menang tangan jugak la, semua senyap jer bila dapat udang galah BBQ, enjoy!!





Thursday, March 19, 2009

Kenapa Udang Galah Salin Kulit??

Setiap binatang yang bercengkerang seperti ketam atau udang akan bersalin kulit untuk membesar. Oleh itu udang galah, khususnya akan bersalin kulit banyak kali untuk mencapai saiz yang besar seperti 100 gram atau lebih. Tetapi , apabila udang bersalin kulit ia mempunyai kelemahan. Udang bersalin kulit tidak boleh mencari makanan, lemah kerana badan yang terlalu lembik serta boleh menjadi makanan kepada udang galah yang lain (udang galah bersifat kannibalisme). Pada masa ini selalunya ia akan mencari tempat perlindungan yang keras dan tersorok sehingga kulit kembali keras. Tempoh masa untuk kulit kembali keras adalah sesuatu yang subjektif tetapi pengerasan kulit memerlukan beberapa mineral penting seperti kalsium dan magnesium.

Kedua-dua mineral ini boleh didapati secara semulajadi tetapi memakan masa lama untuk mengeraskan kulit udang, kecuali jika sumber air anda dari bukit batu kapur seperti di bahagian utara Malaysia (batu kapur adalah sumber asli kalsium). Oleh itu penggunaan kapur amat penting untuk mengeraskan kulit udang secepat mungkin. Baiklah, ada beberapa jenis kapur yang wajib diketahui namun di dalam blog ini saya hanya akan terangkan kapur untuk pengerasan kulit udang iaitu kapur sejuk atau calcium carbonate.

Calcium Carbonate adalah kapur yang dikhaskan untuk mengeraskan kulit udang. Kapur ini tidak akan menjejaskan kualiti air seperti kenaikan pH mendadak tetapi menambahkan alkaliniti dan kandungan kalsium serta magnesium di dalam kolam. Oleh itu, harus diingati penggunaan kapur sejuk dan tempat berlindung untuk udang galah adalah penting jika ia sedang salin kulit.