PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa En Radzi tidak lagi merupakan ahli syarikat TrueAqua Enterprise. Beliau telah menguruskan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kolam pancing udang galah di Puchong. Segala urusan dengan syarikat TrueAqua kini diambilalih oleh En A. Fadzil Zainun (019-2280772). Harap maklum.

TrueAqua Enterprise

Selamat datang ke laman blog kami. TrueAqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. Kami telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.

Antara servis yang kami sediakan ialah:
1) Menjual udang galah hidup
2) Membeli udang galah hidup
3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal)
4) Khidmat Nasihat
5) Hatchery

Kami beroperasi sepenuh masa di kolam kami yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan 30 July 2011

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Sunday, November 30, 2008

Cara-cara melepaskan benih

Jumaat lepas 28 Nov 08, kami telah melepaskan benih baru sebanyak 150,000 ekor ke dalam 2 kolam kami. Jadi di sini kami ingin menerangkan serba sedikit cara2 melepaskan benih udang galah. Benih akan datang di dalam bungkusan plastik berisi oksigen dan kuantiti tidak kurang 1000 ekor seplastik. Apabila sampai, keadaan benih akan diperiksa supaya ia aktif dan agresif.




Kemudian beg2 plastik tadi akan diletakkan ke dalam kolam tanpa dibuka untuk penyesuaian suhu lebih kurang 15 - 20 minit.



Selepas itu, buka beg2 plastik tersebut dan masukkan air kolam sedikit demi sedikit untuk penyesuaian pH kolam dan lihat keadaan benih samada aktif atau tidak. Pelepasan benih adalah lebih bagus jika adanya tempat untuk mereka berpaut dan berteduh seperti daun kelapa. Satu lagi, jika dilepaskan di tempat air masuk adalah bagus kerana disitu banyak oksigen. Benih dilarang dilepaskan pada waktu panas terik untuk mengelakkan dari stress dan mati. Proses ini memakan masa tetapi ia penting untuk memastikan semua benih selamat.


Saturday, November 22, 2008

Biologi Udang Galah

Sedikit pengenalan tentang biologi udang galah, bagaimana nak bezakan dengan udang lain serta bagaimana nak kenal jantan dan betina.



Biologi udang galah, nama saintifik dan nama biasa:
•Rostrum – Tanduk
•Telson – Ekor tajam
•Antennae – Misai
•Chalae – Tangan atau sepit
•Periopods – Kaki untuk berjalan (Walking legs)
•Gills – Insang
•Pleopods – Kaki untuk berenang (Swimming legs)
•Uropods – Ekor kemudi

Ciri-ciri udang galah (perbezaan dengan udang lain):
•Rostrum yang amat panjang dan melentik (berbeza dengan udang lain)
•Telson yang lebih panjang dan tajam
•Udang galah jantan dominan mempunyai sepasang sepit biru yang amat panjang (galah), hujungnya berbulu coklat yang digunakan untuk menyerang atau mempertahankan diri.

3 jenis udang galah jantan:
•Blue claw (BC) – Sepit Biru, sangat dominan dan sangat agresif
•Orange Claw (OC) – Sepit Oren, kurang dominan, agresif
•Small Males (SM) – Jantan Kecil, tidak dominan, tidak agresif

Monday, November 17, 2008

Baja Asli Gunung Berapi - Baja Zeolite

Berita baik untuk penternak dan petani!!! Kini baja yang terbaik untuk tanaman dan ternakan anda, baja all in one yang dapat meningkatkan hasil, mengurangkan masalah serta kos iaitu BAJA ASLI GUNUNG BERAPI - BAJA ZEOLITE

APA ITU BAJA ZEOLITE??
BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.



PENGGUNAAN BAJA ZEOLITE:

PENTERNAKAN:
Zeolite boleh digunakan sebagai mineral tambahan untuk ayam, biri-biri, lembu dan ternakan lain. Dengan campuran 5%-10% Zeolite di dalam makanan, ianya meningkatkan berat dan kesuburan ternakan sehingga 20% ke 30% dari keadaan biasa

PERTANIAN:
Mengandungi POTASSIUM yang tinggi, berkeupayaan bertindak balas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah. Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITIY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan

INDUSTRI RAWATAN AIR
Kadar 'ion exchange capacity' yang tinggi di dalam Zeolite dan kombinasi dengan unsur atau elemen di dalamnya dapat menyerapkan dan mengurangkan kandungan besi dan metal serta ammonia dan nitrat di dalam air. Dengan ini, Zeogen adalah satu perantaraan yang unik yang mana ianya dapat menghalang pencemaran air dari berlaku

PENTERNAKAN UDANG GALAH/ IKAN
1) Menyerap unsur-unsur cecair NH4+, NH3, H2S, besi dan metal di dalam air
2) Mengurangkan kandungan ammonia dan toksik di dalam air
3) Melanjutkan jangkahayat, mengurangkan kematian, menambahkan hasil keluaran
4) Merawat air dan meningkatkan kebersihan air kolam
5) Mengurangkan bau busuk dan hanyir udang
6) Mengurangkan/ menjimatkan penggunaan air dalam menyelenggara kolam
7) Menggalakkan pertumbuhan plankton

Selain itu ia juga boleh digunakan oleh orang persendirian untuk kegunaan berkebun di rumah, menyuburkan rumput dan untuk kegunaan kolam ikan di rumah

Baja Zeolite kami adalah keluaran

BAKAM SUCI SDN BHD
46-1-B Jalan 7A/2 Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,Selangor Darul Ehsan
Website: www.organikpro.com

Untuk sesiapa yang berminat dengan BAJA ZEOLITE ini, boleh hubungi En Razi atau email kepada kami. Harga ialah RM35/beg/25kg.

Agro Expo Negeri Sembilan 2008

Agro Expo Negeri Sembilan yang diadakan di berhampiran Stadium Paroi, Negeri Sembilan berlangsung dari 13 Nov hingga 18 Nov 2008. Kami dikira bertuah kerana dipilih oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk mengedarkan udang galah hidup sebanyak 60kg untuk tujuan pertandingan memancing udang. Ramai orang yang teruja apabila melihat udang galah hidup di depan mata dan tidak sabar untuk memancing. Acara memancing ini mendapat sambutan hangat kerana ia adalah yang kali pertama diadakan di Agro Expo di sini malahan di MAHA pun tidak pernah ada pertandingan memancing udang galah. Selain udang galah kami, udang-udang galah dari kawasan lain di Negeri Sembilan juga digunakan untuk tujuan pertandingan memancing ini.



Monday, November 10, 2008

Udang Galah Panjat - Makan Berhias Pengantin

Sabtu lalu, selain lawatan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan kami juga ada permintaan dari penduduk kampung Ulu Bendul untuk membeli udang galah bersaiz besar dan bersepit biru (100gram ke atas) untuk dijadikan udang panjat di majlis perkahwinan sebagai makanan pengantin. Jadi, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melihat udang kami versi majlis pengantin kerana sebelum ini asyik tengok yang hidup atau lauk biasa aje.



Lawatan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan




Sabtu 8 November 2008, ladang ternakan TrueAqua sekali lagi menerima kunjungan tetamu. Kali ini tetamu yang hadir melawat kolam kami adalah Pengarah Perikanan Negeri Sembilan yang baru iaitu En. Wan Muhammad Aznan bin Abdullah.

En Wan Muhammad Aznan sebelum ini bertugas di cawangan kawalselia dan perlindungan sumber pejabat perikanan negeri Kedah. Memulakan tugas secara rasmi pada 3 November 08 di Negeri Sembilan. TrueAqua amat mengalu-alukan kedatangan En Wan Muhammad Aznan ke Negeri Sembilan. Diharapkan supaya beliau dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perikanan untuk memajukan industri akuakultur khususnya di Negeri Sembilan.

En Wan Muhammad Aznan sampai di Kolam kami pada pukul 2.30pm bersama dengan pegawai perikanan daerah Kuala Pilah iaitu En. Amran. Beliau menghabiskan masa lebih kurang 15 minit untuk membuat pemerhatian dan mendengar penerangan serba ringkas mengenai operasi kolam udang kami. Beliau juga turut mencadangkan beberapa idea untuk kami applikasikan bagi meningkatkan lagi produktiviti Udang Galah kami.

Kami juga turut sama berbincang berkenaan dengan penglibatan pihak jabatan di dalam memastikan para penternak mendapat manfaat dengan kerjasama jabatan perikanan-penternak bagi menjamin kejayaan industri akuakultur di Negeri Sembilan.

Sekalung terima kasih kepada pengarah perikanan Negeri Sembilan. Semoga maju jaya.

Friday, November 7, 2008

TrueAqua Change Our Life....

Kehidupan yang totally berbeza. 180 degree turn, dari kerja makan gaji ke penternak udang sepenuh masa. Mula2 kami takut, kemudian bertukar seronok, dan kini kami berjaya buktikan yang perikanan adalah perniagaan dan perniagaan menjamin pulangan yang lumayan jikalau bersungguh2. Sesungguhnya kami letih, penat dan kerja kami lebih penat dari makan gaji, kadang2 balik lewat malam, kadang2 kerja 7 hari seminggu, kadang2 kerja 2 hari straight. Tapi penat lelah kami berbaloi kerana kami kerja untuk kami, kami berbudi pada tanah. Penat kami hanya penat fisikal, tetapi mental kami tak stress, masa banyak, schedule sendiri. Kalaulah semua orang tahu keseronokan yang kami hadapi. Gambar2 di bawah adalah gambar2 kami ketika bekerja, ketika seronok, ketika letih dan ketika berbincang....